Sunday 8 November 2015

Khatam Surah Al-Maidah

Al-Maidah, dari Ayat 61~70

61.  Dan apabila mereka datang kepada kamu, mereka berkata; “kami telah beriman”, pada hal sesunggunya mereka telah masuk dengan kekufuran dan mereka sesungguhnya telah keluar dengan kekufuran itu juga, kerana Allah amat mengetahui apa-apa yang mereka sembunyikan.

62. Dan engkau akan lihat kebanyakan dari mereka berlumba-lumba pada mengerjakan dosa dan  permusuhan dan memakan barang yang haram. Sesungguhnya amat jelek apa yang mereka telah kerjakan. 

63. Tidaklah mahu pendita-pendita dan orang-orang alim mereka melarang mereka daripada mengucapkan perkara dosa dan daripada memakan barang yang haram ? sesungguhnya amat jelek apa yang mereka telah kerjakan.

64. Dan orang-orang yahudi itu berkata; “tangan Allah terbelengu”, pada hal tangan-tangan mereka yang terbelengu – dan dilaknat mereka dengan sebab apa yang mereka telah  katakan, bahkan kedua tangan Allah terbuka. Ia membelanjakan sebagaimana ia suka, dan apa yang telah diturunkan kepada mu dari Tuhan mu itu, sesungguhnya akan menyebabkan kebanyakan dari mereka bertambah melewati batas dan bertambah kekufuran, dan kamu telah adakan antara mereka permusuhan dan kebencian, sampai hari kiamat, tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah padamkan nya, dan mereka berusaha pada  mengadakan kerosakan dimuka bumi, pada hal Allah tidak suka kepada orang-orang yang merosak.

65. Dan jika ahli kitab itu beriman dan berbakti, tentu kami akan hapuskan dari mereka, kejahatan-kejahatan mereka dan tentu kami akan masuk kan mereka disyurga-syurga kesenangan.

66. Dan kalau mereka memiliharakan Taurat dan Injil dan apa-apa yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka, nescaya, mereka akan makan rezeki dari atas mereka dan dari bawah kaki-kaki mereka. Sebahagian dari mereka adalah umat yang adil, tetapi kebanyakan dari mereka, jelek apa yang mereka amalkan.

67. Hai Rasul ! sampaikan lah  apa-apa yang diturunkan kepada mu dari Tuhan mu, kerana kalau engkau sampaikan perintah nya, dan Allah akan melindungi mu dari kejahatan manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi pertunjuk kan kepada kaum yang sengaja kufur.

68. Katakan lah; “Hai ahli kitab ! tidaklah kamu berada  atas sesuatu kebenaran, sehingga kamu pilihara Taurat dan Injil dan apa-apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu”,  tetapi apa-apa yang diturunkan kepada mu hai Muhamad ! dari Tuhan mu itu, sesungguhnya akan menyebabkan kebanyakan dari mereka melewati batas dan menyebabkan kekufuran.  Oleh kerana itu janganlah  engkau berduka cita  atas keadaan kaum yang kafir itu.

69. Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan penyembah-penyembah bintang, dan Nesarani  -- barang siapa dari antara mereka, percaya kepada Allah dan hari kemudian dan beramal soleh, maka tidaklah ada ketakutan atas mereka dan tidak lah mereka akan berdukacita.

70. Sesungguhnya kami telah ambil perjanjian bani Ismail dan kami telah utuskan kepada mereka beberapa Rasul. Tiap-tiap datang seorang Rasul kepada mereka dengan membawa apa yang  tidak disukai oleh nafsu-nafsu mereka, mereka dustakan sebahagian, dan mereka bunuh sebahagian.

Following Twitter,
[] https://twitter.com/N16Indraputera/status/663580233858093056